14 September 2011

CARA MEMBUAT INKUBATOR SENDIRI ( SAMBUNGAN)

Salam...............kali ini LAGAFARM akan menulis secara lengkap bagaimana membuat inkubator penetasan telur model still air.

 GAMBAR 1
Badan inkubator : dibuat dari kotak polistrin terpakai yang diperolehi dari kaki pancing.
Penutup: Kaca dari tingkap lama (dipotong mengikut saiz yang dikehendaki).
Jangan buang penutup yang dipotong kerana ada gunanya nanti.....


GAMBAR 2
Pasang lampu seperti di gambar 2. Tutup yang dipotong tadi digunakan sebagai pengadang supaya kepanasan lampu tidak terus mengenai telur yang berhampiran sahaja. Dengan cara ini, haba akan disebarkan sekata pada semua arah (semua telur dekat dan jauh dari lampu)
Lampu yang digunakan ialah 25W kerana melalui pengalaman kami, mentol 25 W menghasilkan suhu antara 37 hingga 39 darjah celcius...percaya atau tidak, jika anda menggunakan mentol 25W, anda tak perlu menggunakan termostat.....suhu tak akan lebih dari 40 darjah celcius jika anda melakukan pelarasan dengan baik..bagaimana nak melakukan pelarasan tu???? Nanti kami beritahu seterusnya.....

Untuk mengekalkan kelembapan, tuangkan air di dalam cawan (pinjam dari dapur kita), paling elok guna 2 cawan.

Setelah siap semuanya, inkubator perlu dilaraskan. Tutup inkubator dan pasangkan selama sekurang-kurangnya 3 hari. Setiap 4-5 jam,  pantau suhu dan kelembapan . Suhu minimum 37 dan maksimum 39 darjah celcius. Kelembapan antara 55% hingga 70% . Bagaimana nak melakukan pelarasan. Caranya mudah sahaja. Jika suhu terlalu tinggi, tebuk lubang pada dinding. Kelembapan dilaraskan dengan cara menambah atau mengurangkan bilangan cawan berisi air....mudahnya!!!!!.
Biasanya, pada waktu malam, suhu akan menurun sedikit. Anda hanya perlu meletakkan sekeping kertas (buku tulis lama) dan letak di atas penutup (seperti dalam gambar 1)....

Oh ya...suhu dan kelembapan boleh diukur menggunakan termometer digital. Alat ini mudah didapati sekarang ini dengan harga yang murah kerana pengusaha sarang burung walit menggunakan alat ini juga. Kami beli alat ini dengan harga RM50.00 sahaja...Alat ini tidak dapat ditunjukkan kerana telah dipinjam oleh kawan untuk membuat inkubatornya....

Bagaimana membuat TRAY telur.....
Lihat gambar di bawah. Gambar menceritakan segalanya kan......
Buluh boleh dimasukkan mengikut saiz telur. Kerja senang kerana bakul sudah mempunyai celah-celah..



Telur perlu digolekkan sekurang-kurangnya 3 kali sehari. Tapi model kami membenarkan kerja menggolek telur dilakukan tanpa membuka penutup. hanya tarik tali dari luar sahaja.Tali dipasang kiri dan kanan... seronok tengok telur bergolek...Jadi, suhu akan kekal stabil.....lihat vedio dibawah...


video
VEDIO 1


 
video
VEDIO 2
Bagaimana pula nak mengekalkan suhu jika elektrik terputus. Itu senang sahaja. Caranya dengan meletakkan besi di dalam inkubator. Guna sahaja besi-besi terbuang seperti paku lama dan seumpamanya. Besi-besi ini bertindak menyimpan haba dan mengeluarkannya bila suhu turun (keseimbangan terma) ...

Berapa kos keseluruhannya.......
Kotak dan penutup : terpakai (dari kaki pancing)
Cermin : terpakai (tingkap lama)
Mentol dan pemegang RM3.00
Plag dan wire : Dapat dari tv rosak sebelah rumah.
Tray : bakul RM1.80
Penyekat : buluh kering hanyut tepi pantai
Termometer digital : RM50.00 (pilihan : boleh kongsi pakai)
JUMLAH KESELURUHAN : Kira sendiri la yek....

Begitulah cara ringkas, mudah dan murah membuat inkubator model still air. kami dah gunakan berkali-kali dan telah pun berjaya. Anda bila lagi....
Mengenai proses-proses candling dan petua-petua untuk penetasan maksimum, saya akan ulas di lain kali yek.... Sekian.......SELAMAT MENCUBA....

27 comments:

  1. syok nak belajaq macamana nak buat inkubator ni...kaca tu bukan dari tingkap naco kan? berapa bijik dapat ditetas dalam inkubator tu..(contoh diatas. masa nak golek kan teloq tu, nak kena keluaq kan raga tu dulu ka? ayaq dalam cawan tu letak kat bawah raga ka? nak try nanti...terima kasih kerana bagi info ni...

    ReplyDelete
  2. Kaca yang boleh nampak dengan jelas telur di dalam. Kalu tingkap nako tu kenalah beberapa keping. Contoh lain kaca frame gambar, kaca almari lama or tingkap lama...air dalam cawan letak kat sebelah lampu di atas (rujuk gambar). tali penggolek tu ditarik dari luar (tebuk lubang kat body n keluarkan tali). Jadi x payah buka tutup untuk golek telur...Suhu n kelembapan kekal stabil.... saya eram 5 biji, netas 3....telur xde benih (tak buat candling pun)....kalu banyak telur, tambah je tray (bakul merah)..buat bertingakat la.....Penutup saya x buat sebarang wiring supaya senang nak buka/tutup...

    ReplyDelete
  3. info yg sgt berguna...tq bro...

    ReplyDelete
  4. welcome.....no problem ijop...ada bela ayam laga gak ke?????

    ReplyDelete
  5. hehehe...haa..ijop,jawab ler..

    ReplyDelete
  6. INKUBATOR dah buat dgn lampu 25w....tapi temp nya melebihi 40c....dah tambah cawan berisi ayaq sejuk...tapi x stabil jugak...tebuk lubang kat dinding2 dan tutup...sama jugak ...rasanya lampu kena kurang watt kot....apa cadangan lagafarm..

    ReplyDelete
  7. 25 watt = 37 sampai 39 darjah celcius
    Ukuran box atau luas boxnya berapa cm??
    Panjang = ?
    Lebar = ?
    Tinggi = ?

    ReplyDelete
  8. apakah yg dikatakan sebagai suhu kelembapan?

    ReplyDelete
  9. Biasanya jika kita beli termometer digital untuk kegunaan di dalam sarang burung walit, ada sekali alat mengukur kelembapan (dalam %). Tak kiralah berapa saiz kotak (panjang,lebar atau tinggi) pastikan suhunya sekitar 37 hingga 39 darjah celcius dan kelembapan sekitar 55% hingga 70%.....

    ReplyDelete
  10. bawah tray tu kena letak air atau apa2 tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. AIR LETAK DALAM BEKAS ATAU CAWAN PLASTIK PUN BOLEH. SAYA GUNA 2 CAWAN AIR SAHAJA..

      Delete
    2. lampu mentol tu tak meletup ke sebab menyala lama2 sangat?

      Delete
  11. TQ di atas tunjuk ajar ..:)

    ReplyDelete
  12. alamak salah pula, saya tak letak penghadang mentol ngan telur, dan lagi satu kena buka mentol 4-5 jam ke? sepanjang masa mohon

    ReplyDelete
  13. SAYA TAK FAHAM LAGI LA CARA NAK PASANG MENTOL DAN CAWAN AIR TU.MENTOL NAK PASANG KAT MANA,DINDING,LANTAI ATAU PENUTUP KOTAK TU?..........CAWAN AIR TU PULA NAK LETAK KAT MANA?DIBAWAH TRAY ATAU DIATAS TRY?

    ReplyDelete
  14. kalau pakai akuarium lama boleh ke?

    ReplyDelete
  15. Rasanya gambar dh ceritakan semuanya bro..

    ReplyDelete
  16. Salam tuan . Untuk lubang udara pulak camner yer/ Tak perlu ker gune kipas atau aper2?

    ReplyDelete
  17. Askum, sya dah cba buat inkubator sebijik mcm yg ditunjukkan, saya letak telur itik dengan angsa. telur itik, alhamdullilah dah ada hasilnya.Terima kasih ats tunjuk ajar.

    ReplyDelete
  18. Salam, sekarang saya sedang mencuba peralatan inkubator seperti dlm gmbar. Setelah 23 hari, masih tiada tanda2 telur akan menetas, kenaper yer? Mgkin ker suhu nyer tak stabil atau atas sebab2 lain ? Minta dan mohon pencerahan sangat2.

    ReplyDelete
  19. salam sdr penternak.. adakah mungkin lampu (mentol) atau heater coil itu digantikan dengan Hair Dryer sebab ia ada kipas dan heater. Lebih ringkas... apa pandangan sdr.?

    ReplyDelete
  20. salam tuan,saya ingin blajar membuat inkubator sendiri,bolehkah tuan tunjukkan cara detail tentang pendawaian untuk digital thermostat jenis willhi?.saya ingin gunakan mentol dan kipas..terima kasih

    ReplyDelete
  21. as salam, sy dh try utk puyuh. mmg menjadi... terbaik...

    ReplyDelete
  22. Setiap brapa jam nak putarkan telur dan slama brapa hari nak putar tu encik

    ReplyDelete
  23. Br hari ni build up inkubator...1st trial ....nak kan kepastian.... nape kat cermin bumbung ada wap yer? Mohon bantuan.....

    ReplyDelete