SELAMAT TAHUN BARU 2013
Kepada semua peminat ayam sabung/laga semua, kami mengucapkan selamat menyambut tahun baru 2013. Semoga tahun 2013 membawa tuah dan nasib baik kepada semua peminat dan penternak ayam sabung....Terima kasih kepada yang sudi melayari blog kami. Kepada yang telah membeli bakat-bakat dari kami,. kami sangat berbesar hati kerana banyak juga maklumbalas yang diterima yang membawa berita gembira..
Untuk tahun 2013 ini, insyaAllah kami akan upgred dan membawa pembaka-pembaka baru. Kebanyakan pembaka-pembaka ini terdiri dari ayam-ayam yang diimport semasa belum berlaga dan kami akan uji sendiri di arena untuk melihat dan menganalisa kelebihan dan kekurangan masing-masing. Setakat ini, ada yang dah menang 1X dan paling banyak 11X tetapi masih aktif berlaga lagi (ada juga yang reject tak lulus sukat...hehehe).... Penumpuan kami pada 2013 ialah untuk menghasilkan pejuang-pejuang yang kaki bisa dan berisi...... Sementara menunggu cuaca elok semula, kami belum lagi membuat/menurun anak-anak...Dijangka, kami akan menggunakan 2 atau 3 sahaja pembaka kerana kawasan yang terhad. Lagipun, pada pandangan kami, bukan semua pembaka sesuai dengan semua induk. Penurunan baka hanya dilakukan setelah berbincang dan mendengar pendapat dari otai-otai dan rakan-rakan yang aktif berlaga....Faktor-faktor kelebihan dan kekurangan setiap pembaka akan dilihat secara teliti untuk menetapkan induk yang sesuai...Struktur fizikal dan gaya permainan sangat diambil kira oleh kami bagi menghasilkan anak-anak yang diramal semakin baik dari yang asal (pembaka)....
Sebagai contoh, pembaka yang mempunyai pukulan depan dan ketip pukul body akan dipadankan dengan induk pukul serong berat.. begitulah seterusnya.........
Kepada semua peminat ayam laga/sabung, semoga berjaya menghasilkan ayam-ayam yang semakin baik....terus berusaha dan membuat penyelidikan....jangan sekali putus asa.....
KAMI LIHAT, KAMI SUKAT, KAMI BUAT.
KAMI LIHAT
Turun sendiri ke bon untuk melihat bakal-bakal pembaka beraksi dengan mata sendiri...
KAMI SUKAT
Meneliti setiap kelebihan dan kekurangan pada pembaka dan induk untuk dipasangkan. Juga diteliti struktur fizikal....
KAMI BUAT
Menurun baka dengan penjagaan yang sepatutnya dilakukan....
KITA HANYA MERANCANG, TUHAN YANG MENENTUKAN.
No comments:
Post a Comment