TERIMA KASIH kerana sudi mengunjungi post ini. Ayam-ayam dibawah ini sekadar mencuci mata. Kami di Lagafarm sedang mencari pembaka-pembaka baru di seluruh Malaysia. Agak sukar kerana bukan semua orang mahu menjual ayam-ayam mereka terutamanya baka-baka yang telah terbukti baik turun temurun. Lebih sukar lagi untuk mendapatkan ibu saka dari mereka. Di bawah ini dipaparkan sebahagian dari ayam-ayam yang sudah menjadi milik LAGAFARM yang diperolehi dari seorang otai dari Johor. Otai ini sudah tidak aktif di bon lagi kerana masalah penglihatan. Mahu dikenali dengan nama K, beliau mula bermain ayam sejak tahun 1979 lagi. Semasa saya ke rumahnya, beliau menunjukkan gambar-gambar beliau semasa di Bangkok, Chiangmai, Vietnam, Indonesia, Kemboja, Taiwan dan Burma untuk mendapatkan ayam-ayam terbaik di sana (siap tunjuk pasport lagi). K juga pernah berlaga di seluruh tanahair, Thailand dan Indonesia. Sekarang K yang menetap di Simpang Renggam membela ayam sekadar hobi dan kenangan sahaja. InsaAllah bila dah dapat anak-anaknya nanti, bolehlah dikongsi bersama. Hehehe..........................
PANDANGAN MALAM DI LAGAFARM
PAKOY BANGKOK diperolehi dari otai K di Simpang Renggam. 6++ bulan
BAUK MAGONTHAI : 7 ++ bulan ( anak patahbesarati). Sisik kaki sama dengan bapak
IBU PAKOY GANOI : Anak pakoy bangkok dan ibu ganoi Veitnam. Bapak dibeli di Bangkok dan ibu di Veitnam oleh otai K di Johor. Nama sebenar otai ni minta dirahsiakan tetapi jika ingin kepastian, boleh tanya melalui SMS.
Cucu TOK JANGGUT. Bapak PAMA A dan ibu Sitam anak Tok Janggut. 5 ekor
Anak Harimau Malaya dengan ibu kaki putih. 4 ekor
Anak Harimau Malaya dengan ibu Payao. 3 ekor
RINTING TOUN : Diberi oleh rakan. Bapak Hujung tanduk, 2X menang dan kemenangan kedua berlaga batang kaki balut. Ibu penghulu reban di farmnya.
Lagi anak Harimau Malaya : Dah tinggal 3 dari 6. Tak sempat besar dah kena sambar.
Anak Bapak 3D SHOCK dan Ibu SPE1. Generasi terakhir.
ADIK BERADIK PAKOY BANGKOK benih dari K.
Benih-benih lama. Patah tumbuh hilang berganti.Tapi yang baru belum tau lebih baik dari yang lama........