14 January 2012

SELAMAT BERTEMU KEMBALI

SELAMAT TAHUN BARU 2012. Semoga ayam-ayam pada tahun ini lebih menjadi dan sihat. Selamat bertemu kembali di dalam blog ini. Terima kasih kepada yang mengikuti blog ini. Alhamdulillah semua urusan kerja sudah selesai dan kini LAGAFARM beroperasi kembali dengan pembaka-pembaka baru. Patah tumbuh hilang berganti. Kini, LAGAFARM sedang membiak baka dari bapak-bapak dan ibu-ibu baru. Di LAGAFARAM, kami masih mengamalkan motto KAMI LIHAT, KAMI SUKAT, KAMI BUAT. Setiap pembaka di sini terdiri dari ayam-aym yang telah menang di depan mata sendiri. Kami tidak hanya bersandarkan kepada ayam yang diimport dengan sejarah kemenangan semata-mata tanpa dibawa ke bon sendiri. Bagi LAGAFARM, ayam yang baik tidak hanya bergantung kepada darah baka semata-mata. Dewasa ini, ayam baka 3D dan Pamabrazil menjadi trend untuk dijadikan petarung di bon. Semasa bercuti dahulu, saya sempat berkunjung ke beberapa tempat di sekitar selatan tanah air dan melihat sendiri aksi-aksi pertarungan di beberapa bon. Dari pemerhatian dan perbualan saya, bagi kaki-kaki laga, yang paling penting bagi seekor ayam ialah kaki mesti rajin, kena, bisa(masin) dan tahan hati. Tak kiralah darah apa yang penting ada ciri-ciri tersebut. Banyak juga ayam-ayam import baka terkini (pamabrazil) tersungkur di gelanggang dengan baka lama(asal) kerana ciri-ciri tersebut. Kebanyakan kaki laga tidak menjual baka-baka lama mereka yang memang dah terbukti di bon. Itulah periuk nasi mereka.
Saya juga sempat melawat beberapa reban di sekitar kawasan tersebut. Ada seorang otai memiliki ayam import yang dibuat pembaka. Menurut cerita otai tersebut, ayam yang menang di bon terkenal memiliki sijil kemenangan setiap kali berlaga. Maklumat seperti berat badan, umur, bilangan pukulan, masa kemenangan dan sebagainya ada ditulis pada surat/dokumen tersebut dan ditandatangani oleh pemilik bon.Beliau ada memiliki sijil tersebut tetapi malangnya telah rosak kerana banjir. Tambahnya lagi, ayam yang tiada dokumen kemenangan hanyalah berlaga di bon kecil atau di tepi-tepi reban di kampung-kampung sahaja. Mungkin juga ayam tersebut ditambah tokok cerita kemenangannya sahaja. Saya sempat juga ditunjukkan ayam-ayam di rebannya. Ayam import beliau memilki sijil seperti surat beranak dan ada nombor siri di kepak dan kaki. Katanya, ramai orang membela ayam di sana seperti di Malaysia juga. Jika kita membeli ayam di kampung-kampung dan di bawa balik ke sini tetap ayam import juga. Tetapi ayam dari baka terbaik ada di farm terbaik dan direkodkan setiap penetasan. Setiap ekor ayam akan diberikan nombor siri untuk tujuan pengenalan dan antara ciri-ciri utama baka terbaik ialah kaki kena, rajin dan bisa. Jika begitulah keadaannya, samalah juga halnya dengan mereka yang menyimpan baka-baka lama yang mempunyai ciri-ciri tersebut. Semasa perayaan Cristmas tempoh hari, saya melihat sendiri tumpasnya beberapa ekor ayam imprt dari baka pama, pamabrazil dan 3D di tangan otai bon yang membawa baka sendiri seperti gasing, ketitir, lipas, ular, petir, dogol dan banyak lagi nama. Nama-nama ini sebagai pengenalan baka-baka lama. Jadi, kepada peminat ayam laga semua, fikirkanlah bersama kenyataan ini. Rasanya ramai yang setuju bahawa tak semua ayam import tu baik dan tak semua ayam local tu kalah.....dan nasihat dari otai sebelum saya pulang ialah jika anda suka kepada ayam import/atas/dalam, pergilah sendiri ke Thailand dan belilah anak-anak muda dari farm-farm terkenal yang ada dokumen penetasan. Bawalah balik dan perang di bon. Jika baik boleh turun baka dan sembelih sahaja jika sebaliknya. Jika hendak membeli ayam yang sudah menang, pastikan ada disertakan dokumen dari bon tempat ayam tersebut berlaga kerana tanpa dokumen, kemenangan tidak ada kesahan dan mungkin berlaga di tepi reban sahaja dan bila dibawa pulang ditambah menjadi 5, 8,10 atau19 kali menang (suka hati letak nombor)....fikir-fikirkanlah bersama....selamat maju jaya..

1 comment:

  1. Selamat kembali.. sekarang kat mana bang (Rompin @ Langkawi)tolong linkkan blog saya
    http://kualacrossbreed.blogspot.com/

    ReplyDelete