IBU-IBU PILIHAN
Bukan senang mencari ibu-ibu berkualiti berbanding bapak. Jika kita ingin membeli bapak-bapak, pergi sahaja ke bon-bon dan lihat sendiri di sana. Jika berkenan, bukak harga. Berapa banyak pun kita boleh beli asalkan ada modal.Sekelip mata reban kita dah penuh. Berbeza halnya dengan ibu, kita terpaksa menjalani proses tapisan (3 x bertelur) dan anak-anaknya mestilah di uji di bon. Kita tidak boleh bersandarkan hanya semata-mata kepada baka/darah dan sejarah keturunannya sahaja. Masalah utama ialah jarang sekali orang menjual ibu-ibu tua yang dah disukat.
Setakat ini, LAGAFARM hanya mempunyai 3 ibu/induk yang sedang diturunkan anak-anaknya. Ibu-ibu ini telah tua dan anak-anaknya dari berbagai generasi telah berlaga dan tidak mengecewakan. Walaupun ibu-ibu ayam senang dibeli tidak seperti zaman saya berlaga dulu, namun LAGAFARM setakat ini hanya mempercayai ibu-ibu yang telah berlaga anak-anaknya. Biarlah sikit, yang penting kualiti, bukan kuantiti. KAMI LIHAT KAMI SUKAT KAMI BUAT.
KOD : KAKIPUTIH
BAKA : MAGON
ASAL : DIPINJAMKAN OLEH OTAI .UMUR LEBIH 6 TAHUN DAN DAHULUNYA MERUPAKAN PASANGAN MAGON SITAM 5X. ANAK-ANAKNYA TELAH TERBUKTI MENJADI DI BON SEKITAR JOHOR, PAHANG DAN TERENGGANU. BELAGA TAK BUANG KAKI DAN PUKULAN BERAT , KAKI BISA.
ADA 2 EKOR LAGI IBU TETAPI SEDANG MENGERAM ANAK. BELUM SEMPAT LAGI MENGAMBIL GAMBAR. KEDUA-DUA IBU INI ADALAH ANAK TOK JANGGUT TETAPI BERLAINAN IBU.
IBU-IBU PILIHAN YANG SEDANG DALAM PROSES TAPISAN/SUKAT
Ibu-ibu ini adalah ibu pilihan berdasarkan ciri-ciri fizikal, gaya pertarungannya dan sejarah keturunannya. Di LAGAFARM, kami akan menyukat sendiri anak-anak ibu-ibu ini di bon sebelum layak dinobatkan sebagai induk di reban kami dan akan memakai nama gelaran nanti. Proses tapisan ini dilakukan untuk menjaga kualiti ayam-ayam yang dihasilkan di LAGAFARM. Ada ibu tempatan dan ada juga ibu import.Jika anak-anaknya tidak menjadi, maka.........(makan malam mewah dan termahal)....hehehe........
BAKA :DARAH PAMABURMA
ASAL : AYAM IMPORT (DIKIRIM MELALUI OTAI). DIBELI SEMASA DARA DAN SUDAH 3 X BERTELUR (rampas). SEDANG MENGERAM. TELUR KE 4X
BAKA :DARAH PAMA GONTHAI
ASAL : DIBELI DARI MEMBER KAMCING SEMASA DARA. SEDANG MENGERAM TELUR KE 4X .
BAKA : 3D. MAGON THAI
ASAL: BENIH SENDIRI (ANAK PATAHBESAR ATI VS IBU BEKAS PENGHULU REBAN)
2X BETELUR
BAKA :3D MAGON BRAZIL
ASAL : DIBELI DARI KENALAN LAMA. BAPAKNYA 9X MENANG. 1X BERTELUR
No comments:
Post a Comment