20 January 2012

INDUK-INDUK (IBU) BARU PILIHAN


IBU-IBU PILIHAN

Bukan senang mencari ibu-ibu berkualiti berbanding bapak. Jika kita ingin membeli bapak-bapak, pergi sahaja ke bon-bon dan lihat sendiri di sana. Jika berkenan, bukak harga. Berapa banyak pun kita boleh beli asalkan ada modal.Sekelip mata reban kita dah penuh. Berbeza halnya dengan ibu, kita terpaksa menjalani proses tapisan (3 x bertelur) dan anak-anaknya mestilah di uji di bon. Kita tidak boleh bersandarkan hanya semata-mata kepada baka/darah dan sejarah keturunannya sahaja. Masalah utama ialah jarang sekali orang menjual ibu-ibu tua yang dah disukat. 
Setakat ini, LAGAFARM hanya mempunyai 3 ibu/induk yang sedang diturunkan anak-anaknya. Ibu-ibu ini telah tua dan anak-anaknya dari berbagai generasi telah berlaga dan tidak mengecewakan. Walaupun ibu-ibu ayam senang dibeli tidak seperti zaman saya berlaga dulu, namun LAGAFARM setakat ini hanya mempercayai ibu-ibu yang telah berlaga anak-anaknya. Biarlah sikit, yang penting kualiti, bukan kuantiti. KAMI LIHAT KAMI SUKAT KAMI BUAT. 


KOD : KAKIPUTIH
BAKA : MAGON 
ASAL : DIPINJAMKAN OLEH OTAI .UMUR LEBIH 6 TAHUN DAN DAHULUNYA MERUPAKAN PASANGAN MAGON SITAM 5X. ANAK-ANAKNYA TELAH TERBUKTI MENJADI DI BON SEKITAR JOHOR, PAHANG DAN TERENGGANU. BELAGA TAK BUANG KAKI DAN PUKULAN BERAT , KAKI BISA.


ADA 2 EKOR LAGI IBU TETAPI SEDANG MENGERAM ANAK. BELUM SEMPAT LAGI MENGAMBIL GAMBAR. KEDUA-DUA IBU INI ADALAH ANAK TOK JANGGUT TETAPI BERLAINAN IBU.      




IBU-IBU PILIHAN YANG SEDANG DALAM PROSES TAPISAN/SUKAT
Ibu-ibu ini adalah ibu pilihan berdasarkan ciri-ciri fizikal, gaya pertarungannya dan sejarah keturunannya. Di LAGAFARM, kami akan menyukat sendiri anak-anak ibu-ibu ini di bon sebelum layak dinobatkan sebagai induk di reban kami dan akan memakai nama gelaran nanti. Proses tapisan ini dilakukan untuk menjaga kualiti ayam-ayam yang dihasilkan di LAGAFARM. Ada ibu tempatan dan ada juga ibu import.Jika anak-anaknya tidak menjadi, maka.........(makan malam mewah dan termahal)....hehehe........

BAKA :DARAH PAMABURMA
ASAL : AYAM IMPORT (DIKIRIM MELALUI OTAI). DIBELI SEMASA DARA DAN SUDAH 3 X BERTELUR (rampas).  SEDANG MENGERAM. TELUR KE 4X




 BAKA :DARAH PAMA GONTHAI 
ASAL : DIBELI DARI MEMBER KAMCING SEMASA DARA.  SEDANG MENGERAM TELUR KE 4X . 


BAKA : 3D. MAGON THAI
ASAL: BENIH SENDIRI (ANAK PATAHBESAR ATI VS IBU BEKAS PENGHULU REBAN)
2X BETELUR 


BAKA :3D MAGON BRAZIL
ASAL : DIBELI DARI KENALAN LAMA. BAPAKNYA 9X MENANG. 1X BERTELUR 

18 January 2012

BARANG BARU, CERITA BARU

UPDATE 5/5/2012

KOD : PAMA A 3X
DARAH  PAMA 100%
BERAT 3.2 KG
REST IN PEACE : SAKIT TUA

KOD : HARIMAU MALAYA
DARAH : PAMA BRAZIL SIAM
BERAT : 3.5KG
ASAL : CHAINAT
REKOD : 3 X MENANG ( KEMENANGAN KE 3 BUNUH GU DI AIR KE 3)
STATUS : DIJUAL PADA MEMBER KAMCING


 KOD : TOK JANGGUT
DARAH : SEGON PAMA
BERAT : 3.6KG
REST IN PEACE......MATI TUA

AYAM MUDA SEDANG DIUJI UNTUK DIBUAT PEMBAKA  LAGAFARM

KOD : TEDUNG KATAK (HUJUNG ORI)
DARAH : BAKA LAMA DARI OTAI DI SIMPANG RENGGAM JOHOR
BERAT : 2.8 KG
ASAL :SIMPANG RENGGAM JOHOR
REKOD : BELUM BERLAGA, SUDAH 4 X DIBAWA KE BON TAPI TIADA GU YANG MAHU TEPUK.
TELAH MEMBUNUH GU 2 KALI SEMASA ADU TAK SAMPAI 5 MINIT. BELUM LAYAK JADI PEMBAKA KERANA BELUM BERAKSI DI BON SEBENAR.
meluruh la pulak.......simpan je dulu.....


 KOD : SITAM GUSI

DARAH : MAGON (ANAK MAGON SITAM)
BERAT: 3.2 KG
ASAL :BENIH SENDIRI
STATUS : DIPINJAM TAK PULANG.......(CURI LA TU)



KOD : KETITIR JUNIOR (PEMUSNAH AYAM IMPORT)
DARAH : BAKA LAMA 
BERAT : 3.3 KG
ASAL :BENIH SENDIRI

STATUS : DIPINJAM TAK PULANG.



KOD : SAKA GURIK
DARAH : MAGON
BERAT : 3.2 KG
ASAL :BENIH SENDIRI ( ANAK GURIK 6X DENGAN IBU ANAK TOK JANGGUT)
REKOD : 2 X  DAH

KOD : LENTING
DARAH : MAGON THAI
BERAT : 3,2 KG
ASAL :BENIH SENDIRI ( ANAK MAGON 4X DENGAN IBU KAKI PUTIH)
REKOD : TAK LULUS UJIAN...hehehe


KOD : ABU
DARAH : PAMA BRAZIL TRAT
BERAT : 3,4 KG
ASAL :IMPORT MASA MUDA.
REKOD : AYAM BELUM BERLAGA
Dah siap tapi kaki pulak bobol........rehat lama la tu......


KOD : BONGGO
DARAH : MAGON THAI
BERAT : 3,2 KG
ASAL :BENIH SENDIRI ANAK PATAHBESARATI VS IBU BEKAS PENGHULU REBAN
REKOD : AYAM BELUM BERANI AYAM
diberi kepada anak saudara......tak dapat nak amek semula.......hukhukhuk


ANAK-ANAK HARIMAU MELAYA DENGAN IBU KAKI PUTIH. (COKLAT NI IBU ANGKAT DIA)


14 January 2012

SELAMAT BERTEMU KEMBALI

SELAMAT TAHUN BARU 2012. Semoga ayam-ayam pada tahun ini lebih menjadi dan sihat. Selamat bertemu kembali di dalam blog ini. Terima kasih kepada yang mengikuti blog ini. Alhamdulillah semua urusan kerja sudah selesai dan kini LAGAFARM beroperasi kembali dengan pembaka-pembaka baru. Patah tumbuh hilang berganti. Kini, LAGAFARM sedang membiak baka dari bapak-bapak dan ibu-ibu baru. Di LAGAFARAM, kami masih mengamalkan motto KAMI LIHAT, KAMI SUKAT, KAMI BUAT. Setiap pembaka di sini terdiri dari ayam-aym yang telah menang di depan mata sendiri. Kami tidak hanya bersandarkan kepada ayam yang diimport dengan sejarah kemenangan semata-mata tanpa dibawa ke bon sendiri. Bagi LAGAFARM, ayam yang baik tidak hanya bergantung kepada darah baka semata-mata. Dewasa ini, ayam baka 3D dan Pamabrazil menjadi trend untuk dijadikan petarung di bon. Semasa bercuti dahulu, saya sempat berkunjung ke beberapa tempat di sekitar selatan tanah air dan melihat sendiri aksi-aksi pertarungan di beberapa bon. Dari pemerhatian dan perbualan saya, bagi kaki-kaki laga, yang paling penting bagi seekor ayam ialah kaki mesti rajin, kena, bisa(masin) dan tahan hati. Tak kiralah darah apa yang penting ada ciri-ciri tersebut. Banyak juga ayam-ayam import baka terkini (pamabrazil) tersungkur di gelanggang dengan baka lama(asal) kerana ciri-ciri tersebut. Kebanyakan kaki laga tidak menjual baka-baka lama mereka yang memang dah terbukti di bon. Itulah periuk nasi mereka.
Saya juga sempat melawat beberapa reban di sekitar kawasan tersebut. Ada seorang otai memiliki ayam import yang dibuat pembaka. Menurut cerita otai tersebut, ayam yang menang di bon terkenal memiliki sijil kemenangan setiap kali berlaga. Maklumat seperti berat badan, umur, bilangan pukulan, masa kemenangan dan sebagainya ada ditulis pada surat/dokumen tersebut dan ditandatangani oleh pemilik bon.Beliau ada memiliki sijil tersebut tetapi malangnya telah rosak kerana banjir. Tambahnya lagi, ayam yang tiada dokumen kemenangan hanyalah berlaga di bon kecil atau di tepi-tepi reban di kampung-kampung sahaja. Mungkin juga ayam tersebut ditambah tokok cerita kemenangannya sahaja. Saya sempat juga ditunjukkan ayam-ayam di rebannya. Ayam import beliau memilki sijil seperti surat beranak dan ada nombor siri di kepak dan kaki. Katanya, ramai orang membela ayam di sana seperti di Malaysia juga. Jika kita membeli ayam di kampung-kampung dan di bawa balik ke sini tetap ayam import juga. Tetapi ayam dari baka terbaik ada di farm terbaik dan direkodkan setiap penetasan. Setiap ekor ayam akan diberikan nombor siri untuk tujuan pengenalan dan antara ciri-ciri utama baka terbaik ialah kaki kena, rajin dan bisa. Jika begitulah keadaannya, samalah juga halnya dengan mereka yang menyimpan baka-baka lama yang mempunyai ciri-ciri tersebut. Semasa perayaan Cristmas tempoh hari, saya melihat sendiri tumpasnya beberapa ekor ayam imprt dari baka pama, pamabrazil dan 3D di tangan otai bon yang membawa baka sendiri seperti gasing, ketitir, lipas, ular, petir, dogol dan banyak lagi nama. Nama-nama ini sebagai pengenalan baka-baka lama. Jadi, kepada peminat ayam laga semua, fikirkanlah bersama kenyataan ini. Rasanya ramai yang setuju bahawa tak semua ayam import tu baik dan tak semua ayam local tu kalah.....dan nasihat dari otai sebelum saya pulang ialah jika anda suka kepada ayam import/atas/dalam, pergilah sendiri ke Thailand dan belilah anak-anak muda dari farm-farm terkenal yang ada dokumen penetasan. Bawalah balik dan perang di bon. Jika baik boleh turun baka dan sembelih sahaja jika sebaliknya. Jika hendak membeli ayam yang sudah menang, pastikan ada disertakan dokumen dari bon tempat ayam tersebut berlaga kerana tanpa dokumen, kemenangan tidak ada kesahan dan mungkin berlaga di tepi reban sahaja dan bila dibawa pulang ditambah menjadi 5, 8,10 atau19 kali menang (suka hati letak nombor)....fikir-fikirkanlah bersama....selamat maju jaya..