GAMBAR 1
Badan inkubator : dibuat dari kotak polistrin terpakai yang diperolehi dari kaki pancing.
Penutup: Kaca dari tingkap lama (dipotong mengikut saiz yang dikehendaki).
Jangan buang penutup yang dipotong kerana ada gunanya nanti.....
GAMBAR 2
Pasang lampu seperti di gambar 2. Tutup yang dipotong tadi digunakan sebagai pengadang supaya kepanasan lampu tidak terus mengenai telur yang berhampiran sahaja. Dengan cara ini, haba akan disebarkan sekata pada semua arah (semua telur dekat dan jauh dari lampu)
Lampu yang digunakan ialah 25W kerana melalui pengalaman kami, mentol 25 W menghasilkan suhu antara 37 hingga 39 darjah celcius...percaya atau tidak, jika anda menggunakan mentol 25W, anda tak perlu menggunakan termostat.....suhu tak akan lebih dari 40 darjah celcius jika anda melakukan pelarasan dengan baik..bagaimana nak melakukan pelarasan tu???? Nanti kami beritahu seterusnya.....Untuk mengekalkan kelembapan, tuangkan air di dalam cawan (pinjam dari dapur kita), paling elok guna 2 cawan.
Setelah siap semuanya, inkubator perlu dilaraskan. Tutup inkubator dan pasangkan selama sekurang-kurangnya 3 hari. Setiap 4-5 jam, pantau suhu dan kelembapan . Suhu minimum 37 dan maksimum 39 darjah celcius. Kelembapan antara 55% hingga 70% . Bagaimana nak melakukan pelarasan. Caranya mudah sahaja. Jika suhu terlalu tinggi, tebuk lubang pada dinding. Kelembapan dilaraskan dengan cara menambah atau mengurangkan bilangan cawan berisi air....mudahnya!!!!!.
Biasanya, pada waktu malam, suhu akan menurun sedikit. Anda hanya perlu meletakkan sekeping kertas (buku tulis lama) dan letak di atas penutup (seperti dalam gambar 1)....
Oh ya...suhu dan kelembapan boleh diukur menggunakan termometer digital. Alat ini mudah didapati sekarang ini dengan harga yang murah kerana pengusaha sarang burung walit menggunakan alat ini juga. Kami beli alat ini dengan harga RM50.00 sahaja...Alat ini tidak dapat ditunjukkan kerana telah dipinjam oleh kawan untuk membuat inkubatornya....
Bagaimana membuat TRAY telur.....
Lihat gambar di bawah. Gambar menceritakan segalanya kan......
Buluh boleh dimasukkan mengikut saiz telur. Kerja senang kerana bakul sudah mempunyai celah-celah..
Telur perlu digolekkan sekurang-kurangnya 3 kali sehari. Tapi model kami membenarkan kerja menggolek telur dilakukan tanpa membuka penutup. hanya tarik tali dari luar sahaja.Tali dipasang kiri dan kanan... seronok tengok telur bergolek...Jadi, suhu akan kekal stabil.....lihat vedio dibawah...
VEDIO 1
VEDIO 2
Bagaimana pula nak mengekalkan suhu jika elektrik terputus. Itu senang sahaja. Caranya dengan meletakkan besi di dalam inkubator. Guna sahaja besi-besi terbuang seperti paku lama dan seumpamanya. Besi-besi ini bertindak menyimpan haba dan mengeluarkannya bila suhu turun (keseimbangan terma) ...
Berapa kos keseluruhannya.......
Kotak dan penutup : terpakai (dari kaki pancing)
Cermin : terpakai (tingkap lama)
Mentol dan pemegang RM3.00
Plag dan wire : Dapat dari tv rosak sebelah rumah.
Tray : bakul RM1.80
Penyekat : buluh kering hanyut tepi pantai
Termometer digital : RM50.00 (pilihan : boleh kongsi pakai)
JUMLAH KESELURUHAN : Kira sendiri la yek....
Begitulah cara ringkas, mudah dan murah membuat inkubator model still air. kami dah gunakan berkali-kali dan telah pun berjaya. Anda bila lagi....
Mengenai proses-proses candling dan petua-petua untuk penetasan maksimum, saya akan ulas di lain kali yek.... Sekian.......SELAMAT MENCUBA....
syok nak belajaq macamana nak buat inkubator ni...kaca tu bukan dari tingkap naco kan? berapa bijik dapat ditetas dalam inkubator tu..(contoh diatas. masa nak golek kan teloq tu, nak kena keluaq kan raga tu dulu ka? ayaq dalam cawan tu letak kat bawah raga ka? nak try nanti...terima kasih kerana bagi info ni...
ReplyDeleteKaca yang boleh nampak dengan jelas telur di dalam. Kalu tingkap nako tu kenalah beberapa keping. Contoh lain kaca frame gambar, kaca almari lama or tingkap lama...air dalam cawan letak kat sebelah lampu di atas (rujuk gambar). tali penggolek tu ditarik dari luar (tebuk lubang kat body n keluarkan tali). Jadi x payah buka tutup untuk golek telur...Suhu n kelembapan kekal stabil.... saya eram 5 biji, netas 3....telur xde benih (tak buat candling pun)....kalu banyak telur, tambah je tray (bakul merah)..buat bertingakat la.....Penutup saya x buat sebarang wiring supaya senang nak buka/tutup...
ReplyDeleteinfo yg sgt berguna...tq bro...
ReplyDeletewelcome.....no problem ijop...ada bela ayam laga gak ke?????
ReplyDeletehehehe...haa..ijop,jawab ler..
ReplyDeleteINKUBATOR dah buat dgn lampu 25w....tapi temp nya melebihi 40c....dah tambah cawan berisi ayaq sejuk...tapi x stabil jugak...tebuk lubang kat dinding2 dan tutup...sama jugak ...rasanya lampu kena kurang watt kot....apa cadangan lagafarm..
ReplyDelete25 watt = 37 sampai 39 darjah celcius
ReplyDeleteUkuran box atau luas boxnya berapa cm??
Panjang = ?
Lebar = ?
Tinggi = ?
apakah yg dikatakan sebagai suhu kelembapan?
ReplyDeleteBiasanya jika kita beli termometer digital untuk kegunaan di dalam sarang burung walit, ada sekali alat mengukur kelembapan (dalam %). Tak kiralah berapa saiz kotak (panjang,lebar atau tinggi) pastikan suhunya sekitar 37 hingga 39 darjah celcius dan kelembapan sekitar 55% hingga 70%.....
ReplyDeletebawah tray tu kena letak air atau apa2 tak?
ReplyDeleteAIR LETAK DALAM BEKAS ATAU CAWAN PLASTIK PUN BOLEH. SAYA GUNA 2 CAWAN AIR SAHAJA..
Deletelampu mentol tu tak meletup ke sebab menyala lama2 sangat?
DeleteKalau malam bukalah sebab sujuk... kalu
DeleteSuhu turun dari 32'c baru bukok...
telur puyuh bleh x?
ReplyDeleteBleh segale tlur bleh...ikut kemampuan
DeleteTQ di atas tunjuk ajar ..:)
ReplyDeletegune berape biji lampu?
ReplyDeletealamak salah pula, saya tak letak penghadang mentol ngan telur, dan lagi satu kena buka mentol 4-5 jam ke? sepanjang masa mohon
ReplyDeleteSAYA TAK FAHAM LAGI LA CARA NAK PASANG MENTOL DAN CAWAN AIR TU.MENTOL NAK PASANG KAT MANA,DINDING,LANTAI ATAU PENUTUP KOTAK TU?..........CAWAN AIR TU PULA NAK LETAK KAT MANA?DIBAWAH TRAY ATAU DIATAS TRY?
ReplyDeletekalau pakai akuarium lama boleh ke?
ReplyDeleteBleh kut tapi cepat sujuk
DeleteRasanya gambar dh ceritakan semuanya bro..
ReplyDeleteSalam tuan . Untuk lubang udara pulak camner yer/ Tak perlu ker gune kipas atau aper2?
ReplyDeleteNak bagi suhu seimbang..,cucok lubang bawah untuk udanga sejuk masuk
Delete& atas skit dengan bumbung untuk udara panas kluar
Askum, sya dah cba buat inkubator sebijik mcm yg ditunjukkan, saya letak telur itik dengan angsa. telur itik, alhamdullilah dah ada hasilnya.Terima kasih ats tunjuk ajar.
ReplyDeleteSalam, sekarang saya sedang mencuba peralatan inkubator seperti dlm gmbar. Setelah 23 hari, masih tiada tanda2 telur akan menetas, kenaper yer? Mgkin ker suhu nyer tak stabil atau atas sebab2 lain ? Minta dan mohon pencerahan sangat2.
ReplyDeletesalam sdr penternak.. adakah mungkin lampu (mentol) atau heater coil itu digantikan dengan Hair Dryer sebab ia ada kipas dan heater. Lebih ringkas... apa pandangan sdr.?
ReplyDeletesalam tuan,saya ingin blajar membuat inkubator sendiri,bolehkah tuan tunjukkan cara detail tentang pendawaian untuk digital thermostat jenis willhi?.saya ingin gunakan mentol dan kipas..terima kasih
ReplyDeleteas salam, sy dh try utk puyuh. mmg menjadi... terbaik...
ReplyDeleteSetiap brapa jam nak putarkan telur dan slama brapa hari nak putar tu encik
ReplyDelete3 kali sehari,pagi,petang,malam
DeleteBr hari ni build up inkubator...1st trial ....nak kan kepastian.... nape kat cermin bumbung ada wap yer? Mohon bantuan.....
ReplyDeleteSebab dari air...
DeleteTerbaik dari ladang.akan saya usahakan.terima kasih atas tunjuk ajar
ReplyDeleteNice...sy nk try buat... kak ti othman...mcmner size inkubator y akak buat tu...cer share...cm menarik
ReplyDeleteSalam boleh lampirkan ukuran kotak. Jarak nAk letok mentol n penghAlang mentol.. Tq.. Info anda amat berguna bg saya terima kasih.
ReplyDeleteTerima kasih info sgt bermanfaat. Terima kasih atas masa anda, moga diberkati.
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian ... Sehari google dok cari cara mudah .. Akhirnya jumpa cara sgt mudah ! ... Tq
ReplyDeleteO
ReplyDeleteassalamualaikum, incubator ni sesuai x untuk telur angsa? kelembpn n suhu dia. dan incubator ni letak kat direct mtahari ke dlm suhu bilik ?
ReplyDeleteUpdate baru plz
ReplyDeletearticles that are very interesting to read and I really like the mindset you thank :)
ReplyDeletetogelpelangi