14 September 2011

CARA MEMBUAT INKUBATOR SENDIRI ( SAMBUNGAN)

Salam...............kali ini LAGAFARM akan menulis secara lengkap bagaimana membuat inkubator penetasan telur model still air.

 GAMBAR 1
Badan inkubator : dibuat dari kotak polistrin terpakai yang diperolehi dari kaki pancing.
Penutup: Kaca dari tingkap lama (dipotong mengikut saiz yang dikehendaki).
Jangan buang penutup yang dipotong kerana ada gunanya nanti.....


GAMBAR 2
Pasang lampu seperti di gambar 2. Tutup yang dipotong tadi digunakan sebagai pengadang supaya kepanasan lampu tidak terus mengenai telur yang berhampiran sahaja. Dengan cara ini, haba akan disebarkan sekata pada semua arah (semua telur dekat dan jauh dari lampu)
Lampu yang digunakan ialah 25W kerana melalui pengalaman kami, mentol 25 W menghasilkan suhu antara 37 hingga 39 darjah celcius...percaya atau tidak, jika anda menggunakan mentol 25W, anda tak perlu menggunakan termostat.....suhu tak akan lebih dari 40 darjah celcius jika anda melakukan pelarasan dengan baik..bagaimana nak melakukan pelarasan tu???? Nanti kami beritahu seterusnya.....

Untuk mengekalkan kelembapan, tuangkan air di dalam cawan (pinjam dari dapur kita), paling elok guna 2 cawan.

Setelah siap semuanya, inkubator perlu dilaraskan. Tutup inkubator dan pasangkan selama sekurang-kurangnya 3 hari. Setiap 4-5 jam,  pantau suhu dan kelembapan . Suhu minimum 37 dan maksimum 39 darjah celcius. Kelembapan antara 55% hingga 70% . Bagaimana nak melakukan pelarasan. Caranya mudah sahaja. Jika suhu terlalu tinggi, tebuk lubang pada dinding. Kelembapan dilaraskan dengan cara menambah atau mengurangkan bilangan cawan berisi air....mudahnya!!!!!.
Biasanya, pada waktu malam, suhu akan menurun sedikit. Anda hanya perlu meletakkan sekeping kertas (buku tulis lama) dan letak di atas penutup (seperti dalam gambar 1)....

Oh ya...suhu dan kelembapan boleh diukur menggunakan termometer digital. Alat ini mudah didapati sekarang ini dengan harga yang murah kerana pengusaha sarang burung walit menggunakan alat ini juga. Kami beli alat ini dengan harga RM50.00 sahaja...Alat ini tidak dapat ditunjukkan kerana telah dipinjam oleh kawan untuk membuat inkubatornya....

Bagaimana membuat TRAY telur.....
Lihat gambar di bawah. Gambar menceritakan segalanya kan......
Buluh boleh dimasukkan mengikut saiz telur. Kerja senang kerana bakul sudah mempunyai celah-celah..



Telur perlu digolekkan sekurang-kurangnya 3 kali sehari. Tapi model kami membenarkan kerja menggolek telur dilakukan tanpa membuka penutup. hanya tarik tali dari luar sahaja.Tali dipasang kiri dan kanan... seronok tengok telur bergolek...Jadi, suhu akan kekal stabil.....lihat vedio dibawah...


VEDIO 1


 
VEDIO 2
Bagaimana pula nak mengekalkan suhu jika elektrik terputus. Itu senang sahaja. Caranya dengan meletakkan besi di dalam inkubator. Guna sahaja besi-besi terbuang seperti paku lama dan seumpamanya. Besi-besi ini bertindak menyimpan haba dan mengeluarkannya bila suhu turun (keseimbangan terma) ...

Berapa kos keseluruhannya.......
Kotak dan penutup : terpakai (dari kaki pancing)
Cermin : terpakai (tingkap lama)
Mentol dan pemegang RM3.00
Plag dan wire : Dapat dari tv rosak sebelah rumah.
Tray : bakul RM1.80
Penyekat : buluh kering hanyut tepi pantai
Termometer digital : RM50.00 (pilihan : boleh kongsi pakai)
JUMLAH KESELURUHAN : Kira sendiri la yek....

Begitulah cara ringkas, mudah dan murah membuat inkubator model still air. kami dah gunakan berkali-kali dan telah pun berjaya. Anda bila lagi....
Mengenai proses-proses candling dan petua-petua untuk penetasan maksimum, saya akan ulas di lain kali yek.... Sekian.......SELAMAT MENCUBA....

13 September 2011

CARA MEMBUAT INKUBATOR SENDIRI (mudah dan murah)

Salam..... Kali ini, LAGAFARM nak bercerita tentang inkubator penetasan telur....Bukan nak potong jalan orang yang berniaga inkubator di luar sana, cuma sekadar nak berkongsi pengetahuaan sahaja....Selain dari berniaga, LAGAFARM juga akan berkongsi sedikit sebanyak tentang ilmu dan pengalaman dengan breeder dan peminat ayam laga di luar sana. Mudah-mudahan ada juga yang sudi menulis sesuatu terutamanya kepada peminat setia ayam laga seperti kita ni......
Seperti anda semua tahu, ibu ayam laga tidak seperti ibu ayam hutan dan ayam kampung yang  mengeram dan menetaskan telur dalam kuantiti yang banyak. Maka, kebanyakan ibu ayam laga hanya mampu menetaskan telur sekitar 5 hingga 8 biji sahaja sedangkan kadangkala telur sampai 12 biji. Sayangnya jika dimakan kerana mungkin dari baka yang terbaik kan. Bagi breeder ayam laga secara hobi atau kecil-kecilan, nak beli inkubator penetasan telur, tak berbaloi rasanya kerana harga yang tinggi tetapi hanya dipakai sekali sekala sahaja.....Apa kata kita buat sendiri dengan kos yang murah dan mudah.....kebanyakan dari bahan yang terbuang yang mudah didapati di sekeliling kita. LAGAFARM telah mencuba inkubator ini dan telah berjaya menetaskan telur.....Alhamdulillah...
LAGAFARM sedang menyiapkan cara membuat inkubator sendiri yang paling ringkas, murah dan mudah. Gambar dan vedio sedang diedit dan InsaAlllah akan dipaparkan sedikit masa lagi. SEGALANYA PERCUMA UNTUK PEMINAT SETIA AYAM LAGA..... Harap bersabar yek.....
Akhir kata, kepada peminat ayam laga semua,  selalulah berkunjung  ke blog kami iaitu LAGAFARM. BLOGSPOT.COM untuk berkongsi cerita dan pengalaman............Sekian........