31 March 2012

GAMBAR TERBARU




Inilah sebahagian gambar anak-anak ayam yang sempat diambil. Susah nak ambil sekor-sekor sebab ayam agak liar. Biasalah, tak pernah dipegang kan....Gambar-gambar ini sekadar menjamu mata sahaja. Baik atau tidak belum tau sebab belum race lagi. Rekord bapak memang gah dan harap-harap anaknya pula mengikut jejak.....

TINAGA : ANAK PATAHBESARATI
update 5/5/2012 : diberi kepada anak saudara dan terus menjadi hak milik kekal...nak pinjam pun tak dapat...sadis..........
MUDA LAGI NI...LAWAN PUN PILIH-PILIH LAGI

TAPI DAH HAMPIR 4 KG...susah cari gu..

KAKI PUTIH..dah adu 1X ...pukulan boom...mungkin sebab beratnya...


Magon : Kaki pama : 3.2kg ... Dah adu 2X, kaki ada barang...hehehe. Separuh siap. Gaya permainan dirahsiakan dahulu yek....Nak race 1 Mei ni....
update : 5/5/2012 : blum dapat race (juara outstation)

Semakin membesar. Tapi bulu belum siap lagi dah 3.4kg. Banyak bulu pahat lagi...
update : 5/5/2012 : SOLD TO SEREMBAN

Adik TINAGA tapi lain ibu..pun dah 3.1kg ni...Belum pandai kokok lagi. Jadi giant juga rasanya. Sisik cantik (bawat) tapi x dpt tunjuk sebab liar ayam ni....
update ; 5/5/2012 : Dah  3.5kg ...dikepit member katanya nak pinjam....lupakanlah.....hukhukhuk

Anak 3D SHOCK generasi terakhir . Muka rosak berlaga..
update : 5/5/2012....blum berkokok pun lagi....

HMKP1(1)
Anak Harimau Malaya (HM) dengan ibu kaki putih : ..muka rosak berlaga dengan jalak anak 3D shock. Tak mengalah keduanya sampai tak boleh berdiri (boleh patuk-patuk je)...balik kerja nampak dah main tarik-tarik rambut je.....lama dah agaknya berlaga tu......


 HMKP1(2)
update 5/5/2012 : SOLD TO SEREMBAN

HMKP1(3)


 PASJ1
Anak Pama A dengan ibu anak Tok Janggut


 PASJ2


HMKP2(1)
anak Harimau Malaya (HM) dengan ibu kaki putih generasi ke 2


HMKP2(2)


Tiga ekor anak HM dengan ibu payao..betina semua kot....

 HMP 1 

 HMP2

HMP3


24 March 2012

CERITA TERBARU


SALAM...Agak lama menyepi diri. Ramai member menghantar SMS bertanyakan perkembangan terkini di LAGAFARM. Untuk pengetahuan semua, LAGAFARM sekarang ini masih mendidik anak-anak dari bapak HARIMAU MALAYA dan PAMA A..Ada juga petarung-petarung baru yang sedang disiapkan dan ada juga yang telah memenangi 1-2X di bon tetapi masih diuji lagi ke tahap maksimum. Kali ini disertakan sedikit gambar-gambar untuk menjamu mata dan memberitahu perkembangan terkini di LAGAFARM. Selamat menjamu mata............. 

 SEKILAS PANDANG...

 ADA 4 PERINGKAT UMUR...

 ANAK-ANAK HARIMAU MALAYA DARI 2 IBU. DIDIDIK OLEH IBU TUMPANG

 ANTARA ANAK-ANAK BAPAK PAMA A

 ADA SEEKOR OTAI KAT TENGAH-TENGAH TU...HUKHUKHUK

 IBU TUMPANG LAGI...


.

23 March 2012

ALTERNATIF RING

Dah lama takde cerita baru. Sibuk dengan kerja sampai tak sempat nak menulis. Vedio dibawah ini menunjukkan alternatif ring untuk melatih dan menguatkan sendi dan kaki ayam....Mungkin amalan sebelum ini menggunakan 2 lapis perkap ayam dan menggunakan 2 ekor ayam jantan tetapi kita juga boleh menggunakan ayam betina dan hanya 1 lapis perkap sahaja. Cara ini sesuai digunakan di waktu pagi dan petang dimana ayam jantan mencari pasangan untuk mengawan. Jika ayam jantan dikurung 2-3 hari, maka lebih laju dia akan berlari......cubalah....

BAUK ANAK PATAH BESARATI SEDANG RING DENGAN SEEKOR BETINA. BAUK KINI SEDANG DALAM PROSES LATIHAN UNTUK KE ARENA. TELAH DIADU 2 KALI DAN MEWARISI KAKI BAPAKNYA...KELIHATAN DAH PERLAHAN KERANA SUDAH HAMPIR 20 MINIT BERLARI..............

5 February 2012

KOLEKSI AYAM-AYAM JAN 2012


TERIMA KASIH kerana sudi mengunjungi post ini. Ayam-ayam dibawah ini sekadar mencuci mata. Kami di Lagafarm sedang mencari pembaka-pembaka baru di seluruh Malaysia. Agak sukar kerana bukan semua orang mahu menjual ayam-ayam mereka terutamanya baka-baka yang telah terbukti baik turun temurun. Lebih sukar lagi untuk mendapatkan ibu saka dari mereka. Di bawah ini dipaparkan sebahagian dari ayam-ayam yang sudah menjadi milik LAGAFARM yang diperolehi dari seorang otai dari Johor. Otai ini sudah tidak aktif di bon lagi kerana masalah penglihatan. Mahu dikenali dengan nama K, beliau mula bermain ayam sejak tahun 1979 lagi. Semasa saya ke rumahnya, beliau menunjukkan gambar-gambar beliau semasa di Bangkok, Chiangmai,     Vietnam, Indonesia, Kemboja, Taiwan dan Burma untuk mendapatkan ayam-ayam terbaik di sana (siap tunjuk pasport lagi). K juga pernah berlaga di seluruh tanahair, Thailand dan Indonesia. Sekarang K yang menetap di Simpang Renggam membela ayam sekadar hobi dan kenangan sahaja. InsaAllah bila dah dapat anak-anaknya nanti, bolehlah dikongsi bersama. Hehehe..........................

 PANDANGAN MALAM DI LAGAFARM


PAKOY BANGKOK diperolehi dari otai K di Simpang Renggam. 6++ bulan


 BAUK MAGONTHAI : 7 ++ bulan ( anak patahbesarati). Sisik kaki sama dengan bapak


IBU PAKOY GANOI : Anak pakoy bangkok dan ibu ganoi Veitnam. Bapak dibeli di Bangkok dan ibu di Veitnam oleh otai K di Johor.  Nama sebenar otai ni minta dirahsiakan tetapi jika ingin kepastian, boleh tanya melalui SMS.


 Cucu TOK JANGGUT. Bapak PAMA A dan ibu Sitam anak Tok Janggut. 5 ekor


 Anak Harimau Malaya dengan ibu kaki putih. 4 ekor



 Anak Harimau Malaya dengan ibu Payao. 3 ekor


 RINTING TOUN  : Diberi oleh rakan. Bapak Hujung tanduk, 2X menang dan kemenangan kedua berlaga batang kaki balut. Ibu penghulu reban di farmnya.


 Lagi anak Harimau Malaya : Dah tinggal 3 dari 6. Tak sempat besar dah kena sambar.


 Anak Bapak 3D SHOCK dan Ibu SPE1. Generasi terakhir.


 ADIK BERADIK PAKOY BANGKOK benih dari K.


Benih-benih lama. Patah tumbuh hilang berganti.Tapi yang baru belum tau lebih baik dari yang lama........



20 January 2012

INDUK-INDUK (IBU) BARU PILIHAN


IBU-IBU PILIHAN

Bukan senang mencari ibu-ibu berkualiti berbanding bapak. Jika kita ingin membeli bapak-bapak, pergi sahaja ke bon-bon dan lihat sendiri di sana. Jika berkenan, bukak harga. Berapa banyak pun kita boleh beli asalkan ada modal.Sekelip mata reban kita dah penuh. Berbeza halnya dengan ibu, kita terpaksa menjalani proses tapisan (3 x bertelur) dan anak-anaknya mestilah di uji di bon. Kita tidak boleh bersandarkan hanya semata-mata kepada baka/darah dan sejarah keturunannya sahaja. Masalah utama ialah jarang sekali orang menjual ibu-ibu tua yang dah disukat. 
Setakat ini, LAGAFARM hanya mempunyai 3 ibu/induk yang sedang diturunkan anak-anaknya. Ibu-ibu ini telah tua dan anak-anaknya dari berbagai generasi telah berlaga dan tidak mengecewakan. Walaupun ibu-ibu ayam senang dibeli tidak seperti zaman saya berlaga dulu, namun LAGAFARM setakat ini hanya mempercayai ibu-ibu yang telah berlaga anak-anaknya. Biarlah sikit, yang penting kualiti, bukan kuantiti. KAMI LIHAT KAMI SUKAT KAMI BUAT. 


KOD : KAKIPUTIH
BAKA : MAGON 
ASAL : DIPINJAMKAN OLEH OTAI .UMUR LEBIH 6 TAHUN DAN DAHULUNYA MERUPAKAN PASANGAN MAGON SITAM 5X. ANAK-ANAKNYA TELAH TERBUKTI MENJADI DI BON SEKITAR JOHOR, PAHANG DAN TERENGGANU. BELAGA TAK BUANG KAKI DAN PUKULAN BERAT , KAKI BISA.


ADA 2 EKOR LAGI IBU TETAPI SEDANG MENGERAM ANAK. BELUM SEMPAT LAGI MENGAMBIL GAMBAR. KEDUA-DUA IBU INI ADALAH ANAK TOK JANGGUT TETAPI BERLAINAN IBU.      




IBU-IBU PILIHAN YANG SEDANG DALAM PROSES TAPISAN/SUKAT
Ibu-ibu ini adalah ibu pilihan berdasarkan ciri-ciri fizikal, gaya pertarungannya dan sejarah keturunannya. Di LAGAFARM, kami akan menyukat sendiri anak-anak ibu-ibu ini di bon sebelum layak dinobatkan sebagai induk di reban kami dan akan memakai nama gelaran nanti. Proses tapisan ini dilakukan untuk menjaga kualiti ayam-ayam yang dihasilkan di LAGAFARM. Ada ibu tempatan dan ada juga ibu import.Jika anak-anaknya tidak menjadi, maka.........(makan malam mewah dan termahal)....hehehe........

BAKA :DARAH PAMABURMA
ASAL : AYAM IMPORT (DIKIRIM MELALUI OTAI). DIBELI SEMASA DARA DAN SUDAH 3 X BERTELUR (rampas).  SEDANG MENGERAM. TELUR KE 4X




 BAKA :DARAH PAMA GONTHAI 
ASAL : DIBELI DARI MEMBER KAMCING SEMASA DARA.  SEDANG MENGERAM TELUR KE 4X . 


BAKA : 3D. MAGON THAI
ASAL: BENIH SENDIRI (ANAK PATAHBESAR ATI VS IBU BEKAS PENGHULU REBAN)
2X BETELUR 


BAKA :3D MAGON BRAZIL
ASAL : DIBELI DARI KENALAN LAMA. BAPAKNYA 9X MENANG. 1X BERTELUR 

18 January 2012

BARANG BARU, CERITA BARU

UPDATE 5/5/2012

KOD : PAMA A 3X
DARAH  PAMA 100%
BERAT 3.2 KG
REST IN PEACE : SAKIT TUA

KOD : HARIMAU MALAYA
DARAH : PAMA BRAZIL SIAM
BERAT : 3.5KG
ASAL : CHAINAT
REKOD : 3 X MENANG ( KEMENANGAN KE 3 BUNUH GU DI AIR KE 3)
STATUS : DIJUAL PADA MEMBER KAMCING


 KOD : TOK JANGGUT
DARAH : SEGON PAMA
BERAT : 3.6KG
REST IN PEACE......MATI TUA

AYAM MUDA SEDANG DIUJI UNTUK DIBUAT PEMBAKA  LAGAFARM

KOD : TEDUNG KATAK (HUJUNG ORI)
DARAH : BAKA LAMA DARI OTAI DI SIMPANG RENGGAM JOHOR
BERAT : 2.8 KG
ASAL :SIMPANG RENGGAM JOHOR
REKOD : BELUM BERLAGA, SUDAH 4 X DIBAWA KE BON TAPI TIADA GU YANG MAHU TEPUK.
TELAH MEMBUNUH GU 2 KALI SEMASA ADU TAK SAMPAI 5 MINIT. BELUM LAYAK JADI PEMBAKA KERANA BELUM BERAKSI DI BON SEBENAR.
meluruh la pulak.......simpan je dulu.....


 KOD : SITAM GUSI

DARAH : MAGON (ANAK MAGON SITAM)
BERAT: 3.2 KG
ASAL :BENIH SENDIRI
STATUS : DIPINJAM TAK PULANG.......(CURI LA TU)



KOD : KETITIR JUNIOR (PEMUSNAH AYAM IMPORT)
DARAH : BAKA LAMA 
BERAT : 3.3 KG
ASAL :BENIH SENDIRI

STATUS : DIPINJAM TAK PULANG.



KOD : SAKA GURIK
DARAH : MAGON
BERAT : 3.2 KG
ASAL :BENIH SENDIRI ( ANAK GURIK 6X DENGAN IBU ANAK TOK JANGGUT)
REKOD : 2 X  DAH

KOD : LENTING
DARAH : MAGON THAI
BERAT : 3,2 KG
ASAL :BENIH SENDIRI ( ANAK MAGON 4X DENGAN IBU KAKI PUTIH)
REKOD : TAK LULUS UJIAN...hehehe


KOD : ABU
DARAH : PAMA BRAZIL TRAT
BERAT : 3,4 KG
ASAL :IMPORT MASA MUDA.
REKOD : AYAM BELUM BERLAGA
Dah siap tapi kaki pulak bobol........rehat lama la tu......


KOD : BONGGO
DARAH : MAGON THAI
BERAT : 3,2 KG
ASAL :BENIH SENDIRI ANAK PATAHBESARATI VS IBU BEKAS PENGHULU REBAN
REKOD : AYAM BELUM BERANI AYAM
diberi kepada anak saudara......tak dapat nak amek semula.......hukhukhuk


ANAK-ANAK HARIMAU MELAYA DENGAN IBU KAKI PUTIH. (COKLAT NI IBU ANGKAT DIA)


14 January 2012

SELAMAT BERTEMU KEMBALI

SELAMAT TAHUN BARU 2012. Semoga ayam-ayam pada tahun ini lebih menjadi dan sihat. Selamat bertemu kembali di dalam blog ini. Terima kasih kepada yang mengikuti blog ini. Alhamdulillah semua urusan kerja sudah selesai dan kini LAGAFARM beroperasi kembali dengan pembaka-pembaka baru. Patah tumbuh hilang berganti. Kini, LAGAFARM sedang membiak baka dari bapak-bapak dan ibu-ibu baru. Di LAGAFARAM, kami masih mengamalkan motto KAMI LIHAT, KAMI SUKAT, KAMI BUAT. Setiap pembaka di sini terdiri dari ayam-aym yang telah menang di depan mata sendiri. Kami tidak hanya bersandarkan kepada ayam yang diimport dengan sejarah kemenangan semata-mata tanpa dibawa ke bon sendiri. Bagi LAGAFARM, ayam yang baik tidak hanya bergantung kepada darah baka semata-mata. Dewasa ini, ayam baka 3D dan Pamabrazil menjadi trend untuk dijadikan petarung di bon. Semasa bercuti dahulu, saya sempat berkunjung ke beberapa tempat di sekitar selatan tanah air dan melihat sendiri aksi-aksi pertarungan di beberapa bon. Dari pemerhatian dan perbualan saya, bagi kaki-kaki laga, yang paling penting bagi seekor ayam ialah kaki mesti rajin, kena, bisa(masin) dan tahan hati. Tak kiralah darah apa yang penting ada ciri-ciri tersebut. Banyak juga ayam-ayam import baka terkini (pamabrazil) tersungkur di gelanggang dengan baka lama(asal) kerana ciri-ciri tersebut. Kebanyakan kaki laga tidak menjual baka-baka lama mereka yang memang dah terbukti di bon. Itulah periuk nasi mereka.
Saya juga sempat melawat beberapa reban di sekitar kawasan tersebut. Ada seorang otai memiliki ayam import yang dibuat pembaka. Menurut cerita otai tersebut, ayam yang menang di bon terkenal memiliki sijil kemenangan setiap kali berlaga. Maklumat seperti berat badan, umur, bilangan pukulan, masa kemenangan dan sebagainya ada ditulis pada surat/dokumen tersebut dan ditandatangani oleh pemilik bon.Beliau ada memiliki sijil tersebut tetapi malangnya telah rosak kerana banjir. Tambahnya lagi, ayam yang tiada dokumen kemenangan hanyalah berlaga di bon kecil atau di tepi-tepi reban di kampung-kampung sahaja. Mungkin juga ayam tersebut ditambah tokok cerita kemenangannya sahaja. Saya sempat juga ditunjukkan ayam-ayam di rebannya. Ayam import beliau memilki sijil seperti surat beranak dan ada nombor siri di kepak dan kaki. Katanya, ramai orang membela ayam di sana seperti di Malaysia juga. Jika kita membeli ayam di kampung-kampung dan di bawa balik ke sini tetap ayam import juga. Tetapi ayam dari baka terbaik ada di farm terbaik dan direkodkan setiap penetasan. Setiap ekor ayam akan diberikan nombor siri untuk tujuan pengenalan dan antara ciri-ciri utama baka terbaik ialah kaki kena, rajin dan bisa. Jika begitulah keadaannya, samalah juga halnya dengan mereka yang menyimpan baka-baka lama yang mempunyai ciri-ciri tersebut. Semasa perayaan Cristmas tempoh hari, saya melihat sendiri tumpasnya beberapa ekor ayam imprt dari baka pama, pamabrazil dan 3D di tangan otai bon yang membawa baka sendiri seperti gasing, ketitir, lipas, ular, petir, dogol dan banyak lagi nama. Nama-nama ini sebagai pengenalan baka-baka lama. Jadi, kepada peminat ayam laga semua, fikirkanlah bersama kenyataan ini. Rasanya ramai yang setuju bahawa tak semua ayam import tu baik dan tak semua ayam local tu kalah.....dan nasihat dari otai sebelum saya pulang ialah jika anda suka kepada ayam import/atas/dalam, pergilah sendiri ke Thailand dan belilah anak-anak muda dari farm-farm terkenal yang ada dokumen penetasan. Bawalah balik dan perang di bon. Jika baik boleh turun baka dan sembelih sahaja jika sebaliknya. Jika hendak membeli ayam yang sudah menang, pastikan ada disertakan dokumen dari bon tempat ayam tersebut berlaga kerana tanpa dokumen, kemenangan tidak ada kesahan dan mungkin berlaga di tepi reban sahaja dan bila dibawa pulang ditambah menjadi 5, 8,10 atau19 kali menang (suka hati letak nombor)....fikir-fikirkanlah bersama....selamat maju jaya..